Tuesday, December 30, 2008

MESYUARAT KALI 1 GURU SESI 2009

JAMUAN GURU

Selepas bermesyuarat semua guru telah di jemput untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak kantin yang baru mendapat kontrak dan dibiayai oleh beberapa orang guru yang baru mendapat durian runtuh. Oleh itu mereka telah bersatu hati meraikan bersama-sama semua rakan guru. Semoga rezeki mereka bertambah dan melimpah ruah lagi pada masa akan datang. Selamat Menjamu Selera.












MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2009


Mesyuarat telah diadakan pada 30 Dis 2008, pada jam 9.00 pagi bertempat di bilik Persidangan. Semua guru telah diberi taklimat yang panjang oleh Pengetua, mengenai hala tuju SMT Seri Manjung pada tahun depan yang terpaksa menghadapi dua cabaran penting iaitu memperkasakan pendidikan vokasional dan dicalonkan sekali lagi untuk meraih sekolah cemerlang.










Monday, December 22, 2008

SELAMAT MENEMPUH SPM DENGAN JAYANYA

HOREE .....SELESAI SUDAH SPM

Inilah gelagat pelajar-pelajar kelas saya selepas habis menjawab kertas soalan yang terakhir tempohari. Lihatlah gaya mereka yang begitu gembira, setelah berpenat lelah belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang begitu mendebarkan. Semoga mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti.







Thursday, November 20, 2008

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5

Selamat Menempuh SPM dengan jayanya. Pastikan anda menjawab semua soalan dengan cara yang tebaik sekali, agar memperoleh keputusan yang cemerlang nanti. Cikgu doakan anda semua berjaya.

Wednesday, November 19, 2008

JAMUAN PERPISAHAN DI BILIK GURU

PERPISAHAN 2008

Pada hujung tahun ni Pn Mazlinawati akan bertukar mengikut suaminya ke negeri Kedah. Inilah hadiah ikhlas kami guru-guru Bm untuknya. Semoga dia akan sentiasa mengingati kami di sini.








JAMUAN INI KAMI ADAKAN PADA MINGGU TERAKHIR PERSEKOLAHAN. MASING-MASING BAWA MAKANAN DARI RUMAH(POT LUCK) LEPAS TU MAKAN BERSAMA-SAMA. BANYAK BETUL MAKANAN PADA HARI ITU.














Tuesday, November 18, 2008

HARI-HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2008

PERHIMPUNAN TERAKHIR 2008

Musim persekolahan 2008 berakhir kini. Perhimpunan kali ini diadakan di surau yang dihadiri oleh kira-kira 60 orang pelajar tingkatan 4 dan kira-kira 30 orang guru yang tidak terlibat dengan SPM. Selepas ini semua pelajar tingkatan 4 akan pulang untuk bercuti di kampung bersama keluarga masing-masing.







CAHAYAMATA PUAN FATIHAH

LAWATAN GURU-GURU WANITA KE RUMAH PUAN FATIHAH

Kami telah mengadakan lawatan ke rumah Pn Fatihah minggu lepas. Beliau telah di anugerahkan seorang bayi lelaki yang amat comel sekali. Bayi ini merupakan cahayamata kedua beliau. Miss Irma merupakan guru yang paling gembira sekali mendakap bayi comel ini. Selain ini rombongan ini turut disertai oleh saya, Pn Salina, Puan Hj Salmah, Puan Marini, Pn Norhafizah, Pn Siti Hajar dan Pn Norhasyitah. Tahniah diucapkan kepada Pn Fatihah dan keluarganya.





Thursday, November 13, 2008

SPM MENJELANG KINI

PEPERIKSAAN SPM BERMULA

Kini tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Pada 11 November 2008, jam 8.00 pagi pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menduduki SPM. Lihatlah Cikgu Rosli sedang memberikan amanatnya yang terakhir kepada pelajar-pelajarnya untuk kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas 1.




Wajah-wajah pelajar Ting. 5 yang sedang masuk ke dewan peperiksaan.