Tuesday, December 30, 2008

MESYUARAT KALI 1 GURU SESI 2009

JAMUAN GURU

Selepas bermesyuarat semua guru telah di jemput untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak kantin yang baru mendapat kontrak dan dibiayai oleh beberapa orang guru yang baru mendapat durian runtuh. Oleh itu mereka telah bersatu hati meraikan bersama-sama semua rakan guru. Semoga rezeki mereka bertambah dan melimpah ruah lagi pada masa akan datang. Selamat Menjamu Selera.












MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2009


Mesyuarat telah diadakan pada 30 Dis 2008, pada jam 9.00 pagi bertempat di bilik Persidangan. Semua guru telah diberi taklimat yang panjang oleh Pengetua, mengenai hala tuju SMT Seri Manjung pada tahun depan yang terpaksa menghadapi dua cabaran penting iaitu memperkasakan pendidikan vokasional dan dicalonkan sekali lagi untuk meraih sekolah cemerlang.










Monday, December 22, 2008

SELAMAT MENEMPUH SPM DENGAN JAYANYA

HOREE .....SELESAI SUDAH SPM

Inilah gelagat pelajar-pelajar kelas saya selepas habis menjawab kertas soalan yang terakhir tempohari. Lihatlah gaya mereka yang begitu gembira, setelah berpenat lelah belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang begitu mendebarkan. Semoga mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti.