Monday, March 16, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

PERHIMPUNAN HARI JUMAAT

Seperti biasalah perhimpunan diadakan pada hari Jumaat, cuma saya tak sangka akan diadakan di padang kawad bukan di dewan. Namun begitu saya telah bersedia lebih awal, cuma minda saya sudah tertumpu di dewan. Minggu ini tibalah giliran saya untuk berucap sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu, sebelum Pengetua berucap. Pengetua mengulas tentang keputan SPM sekolah yang begitu baik pada tahun ini. Manakala ucapan saya pendek sahaja, tetapi pengisian saya pada hari ini adalah tentang kedai koperasi sekolah yang dicemari cat putih dan powder hitam. Saya telah mencipta sebuah sajak dan dua rangkap pantun untuk tatapan semua, terutama para pelajar yang telah melakukan perbuatan vandalisme tersebut dan tujuan saya hanyalah untuk mendidik mereka tentang menjaga harta benda awam. Inilah sajak tersebut.

Pelaku Vandalisme

Aku menjerit tanpa suara
dadaku sebak bergelora
aku terkesima
apabila kudapati
lantai putih kedai koperasi
ditabrak dengan cat putih dan powder hitam
aku dibius rasa hampa dan kecewa
mengapakah mereka sanggup
melakukan perbuatan ini........nanti sambung







Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008

KEPUTUSAN SPM CEMERLANG 100%



Pada hari ini begitu bersejarah bagi calon SPM 2008 kerana keputusan peperiksaan mereka diumumkan. Pelbagai reaksi yang dapat saya saksikan. Ada yang gembira sehingga menitiskan air mata, malah tidak kurang juga menangis melihat slip peperiksaan yang kurang memuaskan hatinya. Bagi kelas 5PKE 1, pelajar terbaik ialah Mohd Hafiz Farhan yang mendapat 7A, Siti Sahirah 6A dan Nurul Jannah 6A. Seramai 20 orang mendapat A1 dan A2 Bahasa Melayu dan selebihnya mendapat 3B. Inilah wajah-wajah mereka sewaktu menerima keputusan SPM. Namun dalam keriangan itu terdapat beberapa orang pelajar pula berjumpa dengan saya bertanyakan tentang B. Melayu mereka 7D dan ingin mengambil Ujian Kertas Julai. Nah inilah akibatnya, kerana dahulu mereka mengambil mudah mata pelajaran Bahasa Melayu pada hal ia amat penting ini demi masa depan mereka.














Sunday, March 8, 2009

SUKAN TAHUNAN KALI KE -11

KOT-KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

Sukan tahunan kali ini diadakan pada hari Sabtu, 7 Mac 2009 dengan begitu meriah,walaupun tidak disertai oleh pelajar-pelajar ting 4 kerana mereka baharu sahaja mendaftar ke sekolah ini.
Kejohanan pada kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Encik Suhaimi bin Ramli. Baju kejohanan untuk guru-guru yang dipilih kali ini nampak cantik berwarna hijau muda.

Saya memenangi acara guru wanita
Ucapan perasmi kejohanan

Guru-guru bergambar dengan Cikgu Rosli dan isteri

Maskot rumah Tun Perak
Asap berwarna dilepaskan tanda acara sukan akan bermula

Menaikkan bendera kejohanan

Perbarisan rumah Long Jaafar

Perbarisan rumah Tun Perak


Membaca ikrar kejohanan

Perbarisan rumah Long Jaafar