Wednesday, September 10, 2008

MENCARI BAHAN UNTUK TULIS KARANGAN

PENGAJARAN BERBANTUKAN SUMBER.
Hari ini Cikgu Shahidi membawa pelajar kelas 4ICT ke PSS untuk mencari bahan. Bahan tersebut akan digunakan untuk menulis karangan yang bertajuk "Gejala Buli". Isi-isi karangan boleh didapati daripada buku,majalah, artikel,surat khabar dan sebagainya.






SELAMAT BELAJAR KEPADA PELAJAR 4ICT

Monday, September 8, 2008

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008




Kawan kita ni pula sedang tekun menulis. Mencurah-curah ideanya.


Soalan Bahagian A ni susah ke senang ye? Tengok kawan kita tu asyik termenung memikirkan idea-idea yang perlu ditulis.


Puan Siti Kamariah sedang bertugas di dewan peperiksaan, tengoklah tu senyum aje.


Lihat tu Cikgu Rosli sedang sibuk bertugas di dewan peperiksaan.








BAHASA MELAYU 4KE7





MENULIS KARANGAN JENIS CERAMAH

Pelajar kelas 4KE7 berpeluang menonton VCD tentang langkah-langkah memperkasakan sektor pertanian di Malaysia. Mereka perlu mencari isi-isi utama dan membina rangka karangan. Selepas itu mereka perlu menulis karangan jenis ceramah di dalam buku karangan.

Wednesday, September 3, 2008

MERDEKA KE-51

HARI KEBANGSAAN KE -51
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

"PERPADUAN ASAS KEJAYAAN"

SELAMA 51 TAHUN KITA TELAH MEMBUAT PILIHAN
PILIHAN UNTUK MERDEKA
PILIHAN UNTUK BERDIKARI
MENENTUKAN NASIB SENDIRI
PILIHAN UNTUK SALING MEMAHAMI

Anak Merdeka

Jangan kau pakai baju rasa
atau sahut jaket kuasa
betapa baju rasa dan jaket kuasa
akan menambahsegakkan dirimu
diburu wanita-wanita angsa
disetiai lelaki-lelaki mata
betapa kau ayah atau suami
raja atau perdana menteri

baju rasa akan mendedahkan kita
pada panas matahari kuasa
atau sejuk malam berembun
dan pedang selsema

betapa kebal daripada tusukan benci
dipuja diringankan tulang kroni
jaket kuasa akan memenjarakan kita
menghalau angin kebebasan suci
membunuh segar kenyamanan murni
dan seri kesihatan Ilahi

Lihatlah lelaki perdana itu
yang kehilangan jaket kuasa
ke hulu ke hilir menjerit kenanaran
tiada lagi wanita angsa memuja diri
tiada lagi lelaki mata meringani diri
jerit sakitnya tidak siapa peduli

jadilah lelaki Allah
dengan baju kemanusiaan
dengan jaket kemesraan
di mana pun berada
dia ayah kepada anak
suami kepada isteri
raja kepada rakyat
dulu, kini dan selamanya.

-KARYA NASURRY IBRAHIM,
KOTA BHARU.
Di petik dari Mingguan Malaysia,
Ahad, 31 Ogos 2008.

Jamuan Kesyukuran Bidang Bahasa


Bidang Bahasa telah mengadakan Jamuan Kesyukuran dan sambutan ketibaan bulan Ramadan al mubarak yang mulia pada 25 Ogos 2008 yang lalu. Inilah wajah kad jemputannya. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Kanan iaitu Ustaz Mohd Lotpi bin Razali. Jamuan kesyukuran ini juga diadakan kerana Panitia Bahasa Melayu telah menerima anugerah Kecemerlangan SPM 2007 iaitu Pencapaian 100 peratus dan pencapaian 100 peratus 6 tahun berturut-turut. Oleh itu tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru Bahasa Melayu dan pelajar-pelajar SPM 2007 yang lalu.