Pada hari khamis, 14 Mei Jemaah Nazir ASC telah datang untuk membuat penilaian. Akhirnya terlerailah sudah penantian kami warga Stesma selama ini yang menantikan kedatangannya untuk menempa nama sebagai Sekolah Cemerlang.
Friday, May 15, 2009
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG
LAWATAN JEMAAH NAZIR ASC

Wednesday, May 13, 2009
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BERMULA
Sunday, May 10, 2009
PASUKAN PANTUN NAIB JOHAN DAERAH 2009
PASUKAN PANTUN NAIB JOHAN DAERAH MANJUNG
Setelah beberapa minggu berlatih di bawah Cikgu Nodiana, pasukan ini telah berjaya merangkul hadiah naib johan daerah Manjung. Pada peringkat awal mereka telah bertemu dengan pasukan dari SMK Bt 10 Lekir, Kemudian SMK Ahmad Boestamam, suku akhir dengan bekas Juara SMK Raja Shahriman, separuh akhir bertemu musuh lama SMK Pangkalan TLDM dan peringkat akhir dengan SMK Seri Manjung. Saya, Cikgu Nodiana dan Cikgu Rosni tak senang duduk kerana terpaksa membimbing pemantun-pemantun apabila menang pada tiap-tiap peringkat tersebut. Akhirnya usaha kami semua membuahkan hasil, disamping itu Pengetua juga turut memberikan semangat dan dorongan kepada kami untuk berjaya. Pasukan ini kalah kepada SMK Seri Manjung kerana kami tidak membuat persediaan yang lengkap untuk masuk di peringkat akhir terutama sekali dari segi pakaian dan penampilan yang lebih kemelayuan.

PERSEDIAAN KE ARAH ASC
KINI SEMUA WARGA STESMA SEDANG SIBUK MENYEDIAKAN
PERSEDIAAN KE ARAH MEMENANGI ANUGERAH SEKOLAH
CEMERLANG YANG AKAN DILALUI MINGGU DEPAN APABILA
7 ORANG JEMAAH NAZIR AKAN BERKAMPUNG DI SEKOLAH.
PERSEDIAAN RAPI DARI SEGI PRASARANA, SISTEM FAIL DAN
P&P SEDANG BERJALAN LANCAR. DIHARAP BERKAT DOA DAN
HARAPAN SEMUA WARGA STESMA, ANUGERAH TERSEBUT
AKAN DAPAT DIGENGGAM, INSYAALLAH......................................

Monday, March 16, 2009
PERHIMPUNAN MINGGUAN
PERHIMPUNAN HARI JUMAAT
Seperti biasalah perhimpunan diadakan pada hari Jumaat, cuma saya tak sangka akan diadakan di padang kawad bukan di dewan. Namun begitu saya telah bersedia lebih awal, cuma minda saya sudah tertumpu di dewan. Minggu ini tibalah giliran saya untuk berucap sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu, sebelum Pengetua berucap. Pengetua mengulas tentang keputan SPM sekolah yang begitu baik pada tahun ini. Manakala ucapan saya pendek sahaja, tetapi pengisian saya pada hari ini adalah tentang kedai koperasi sekolah yang dicemari cat putih dan powder hitam. Saya telah mencipta sebuah sajak dan dua rangkap pantun untuk tatapan semua, terutama para pelajar yang telah melakukan perbuatan vandalisme tersebut dan tujuan saya hanyalah untuk mendidik mereka tentang menjaga harta benda awam. Inilah sajak tersebut.
Pelaku Vandalisme
Aku menjerit tanpa suara
dadaku sebak bergelora
aku terkesima
apabila kudapati
lantai putih kedai koperasi
ditabrak dengan cat putih dan powder hitam
aku dibius rasa hampa dan kecewa
mengapakah mereka sanggup
melakukan perbuatan ini........nanti sambung

Thursday, March 12, 2009
KEPUTUSAN SPM 2008
KEPUTUSAN SPM CEMERLANG 100%
Pada hari ini begitu bersejarah bagi calon SPM 2008 kerana keputusan peperiksaan mereka diumumkan. Pelbagai reaksi yang dapat saya saksikan. Ada yang gembira sehingga menitiskan air mata, malah tidak kurang juga menangis melihat slip peperiksaan yang kurang memuaskan hatinya. Bagi kelas 5PKE 1, pelajar terbaik ialah Mohd Hafiz Farhan yang mendapat 7A, Siti Sahirah 6A dan Nurul Jannah 6A. Seramai 20 orang mendapat A1 dan A2 Bahasa Melayu dan selebihnya mendapat 3B. Inilah wajah-wajah mereka sewaktu menerima keputusan SPM. Namun dalam keriangan itu terdapat beberapa orang pelajar pula berjumpa dengan saya bertanyakan tentang B. Melayu mereka 7D dan ingin mengambil Ujian Kertas Julai. Nah inilah akibatnya, kerana dahulu mereka mengambil mudah mata pelajaran Bahasa Melayu pada hal ia amat penting ini demi masa depan mereka.

Sunday, March 8, 2009
SUKAN TAHUNAN KALI KE -11
KOT-KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
Sukan tahunan kali ini diadakan pada hari Sabtu, 7 Mac 2009 dengan begitu meriah,walaupun tidak disertai oleh pelajar-pelajar ting 4 kerana mereka baharu sahaja mendaftar ke sekolah ini.
Kejohanan pada kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Encik Suhaimi bin Ramli. Baju kejohanan untuk guru-guru yang dipilih kali ini nampak cantik berwarna hijau muda.
Saya memenangi acara guru wanita
Ucapan perasmi kejohanan

Subscribe to:
Posts (Atom)