Thursday, November 13, 2008

Demam Peperiksaan

Minggu terakhir semakin hampir dengan peperiksaan SPM 2008.
Inilah pelajar kelas tingkatan 5 KE 1 yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.






Ini pula pelajar tingkatan 4 KE 7 yang sedang tekun menjawab soalan peperiksaan Akhir Tahun.





Thursday, November 6, 2008

KELAS 5 KE 1 2008

INILAH PELAJAR KELAS TINGKATAN 5 KEJURUTERAAN 1. MEREKA NI MEMANG ADA KESUNGGUHAN UNTUK BELAJAR. CUMA ADA DI ANTARA MEREKA YANG KURANG BERSUNGGUH MALAH SUKA BERGURAU TAK MENGIRA TEMPAT. JADI SAYA SEBAGAI GURU KELAS SERING MENGINGATKAN MEREKA BAHAWA DI SEKOLAH INI MEREKA ADALAH YANG TERBAIK. JADI MEREKA PERLU MENUNJUKKAN KECEMERLANGAN ITU KEPADA PIHAK SEKOLAH. DIHARAP MEREKA DAPAT MENEMPUH SPM DENGAN YAKIN, TENANG DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.











Friday, September 26, 2008

SELAMAR HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini saya menyusun jari sepuluh meminta maaf kepada pengetua kita, semua guru terutama sekali cikgu-cikgu BM. Jika sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan terkasar bahasa sehingga tersinggung perasaan. Kepada pelajar-pelajar pula, saya juga ingin meminta maaf sekiranya semasa di kelas atau bila-bila pun terdapat kesilapan saya terhadap anda semua. Kepada pelajar-pelajar Ting. 5, jangan lupa mengulangkaji pelajaran pada waktu cuti ni kerana SPM bakal menjelang tiba. Berhari rayalah secara sederhana sahaja.
Akhir sekali MAAF ZAHIR BATIN DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA SAYA DAN KELUARGA.
TERIMALAH KAD HARI RAYA INI DARIPADA SAYA BUAT ANDA SEMUA...........




H
Hari ini di sekolah ada majlis bermaaf-maafan. Ini gambar saya dengan pengetua kita.

Ini pula gambar semua cikgu BM. Hari ini ramai yang dah balik ke kampung. Tapi saya masih di sini, Raya kedua baru balik jumpa mak dan adik beradik saya.








Wednesday, September 24, 2008

BERBUKA PUASA DI ASRAMA


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PPD MANJUNG

Pada hari Isnin yang lalu pihak asrama telah mengadakan majlis berbuka puasa di asrama, bermula jam 6.30 petang, berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan sunat Tarawih. Ramai juga cikgu yang hadir dan membawa keluarga masing-masing. Tetamu khas yang datang ialah Tuan PPD dan keluarga. Majlis tersebut meriah juga. Majlis tersebut memang sudah menjadi tradisi dan diadakan pada tiap-tiap tahun.










Wednesday, September 10, 2008

MENCARI BAHAN UNTUK TULIS KARANGAN

PENGAJARAN BERBANTUKAN SUMBER.
Hari ini Cikgu Shahidi membawa pelajar kelas 4ICT ke PSS untuk mencari bahan. Bahan tersebut akan digunakan untuk menulis karangan yang bertajuk "Gejala Buli". Isi-isi karangan boleh didapati daripada buku,majalah, artikel,surat khabar dan sebagainya.






SELAMAT BELAJAR KEPADA PELAJAR 4ICT

Monday, September 8, 2008

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008




Kawan kita ni pula sedang tekun menulis. Mencurah-curah ideanya.


Soalan Bahagian A ni susah ke senang ye? Tengok kawan kita tu asyik termenung memikirkan idea-idea yang perlu ditulis.


Puan Siti Kamariah sedang bertugas di dewan peperiksaan, tengoklah tu senyum aje.


Lihat tu Cikgu Rosli sedang sibuk bertugas di dewan peperiksaan.