Saturday, January 24, 2009

KURSUS PROFESIONALISME 1

KURSUS PROFESIONALISME

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG DARI PANDANGAN PENAZIRAN

Hari ini Sabtu guru-guru sekali lagi diberi kursus tentang Anugerah Sekolah Cemerlang. Semua guru yang hadir penuh dengan komitmen yang tinggi demi mencapai hasrat tersebut. Jemaah Nazir dari Daerah Taiping telah dijemput untuk memberikan ceramah.





















Sunday, January 18, 2009

LAWATAN PEROFESIONAL KE SMT TAIPING

LAWATAN KE SEKOLAH ANUGERAH CEMERLANG 2008

Seramai 40 orang guru sekolah kita telah dipilih untuk melawat ke SMT Taiping awal tahun ini untuk melihat dengan lebih dekat wajah sebuah sekolah yang telah menerima 2 anugerah pada tahun lepas iaitu Anugerah Sekolah Cemerlang dan Anugerah Menteri Pelajaran. Memang hebat sekolah ni kerana mempunyai beberapa "ATOS" yang boleh dibanggakan. Antaranya ialah Galeri Sejarah, Pusat Sumber Sekolah dan Bengkel Automotif. Beberapa buah taman dan dataran juga amat menarik dan indah, seperti Dataran PRIME, Dataran Kemerdekaan, Taman Herba dan sebagainya, ringkasnya memang patut pun menang. Hal ini juga ditambah pula dengan sistem pengurusan dan pengurusan fail yang lengkap dan kemas. Begitu juga dengan komitmen guru-gurunya yang begitu baik sekali.
Kedatangan kami juga disambut dengan begitu hormat dan mesra sekali. kami juga dijamu dengan jamuan yang sedap, bak kata orang tak ada apa cacat celanya, semuanya bagus.

Inilah wajah Pengetuanya yangbegitu mesra dan baik sekali.


Ini pula wajah guru-guru yang bakal memenangi ASC nanti.....

Bergambar di Dataran Prime yang indah.......





Di Galeri Sejarah..... banyak maklumat di sini.


Tiga sekawan, bekas guru SMT Slim River. Cik Norhafizah, Saya dan Cikgu Maziah Guru Kanan Bahasa SMT Taiping yang telah banyak mencurahkan tenaga memajukan sekolah tersebut.


Ini gambar di Galeri Bahasa.....


Bergambar di Anjung Prime yang terletak di Kafe Prime, banyak hadiah dan anugerah di letak di sini.


Friday, January 9, 2009

TAKLIMAT LAGI

HARI NI DENGAR TAKLIMAT

Selama satu minggu persekolahan guru-guru sibuk menghadiri taklimat dan mesyuarat. Sementara pelajar-pelajar Ting 5 ada post 5, cikgu-cikgu juga tak kurang dengan pelbagai input daripada pihak pentadbir dan panitia masing-masing. Hal ini demikian demi menghadapi dua cabaran yang hebat tahun 2009 iaitu ke arah memperkasakan teknik & vokasional dan sebagai calon Anugerah Sekolah Cemerlang seluruh Malaysia.
Hari ini ada sedikit taklimat daripada Puan Pengetua dan Guru Kanan Vokasional iaitu Cikgu Shahabuddin. Guru-guru diberi pendedahan tentang MPAV kandungan dan pengisian jadual, serta kedudukan guru-guru vokasional yang semakin sibuk untuk mendalami sukatan pelajaran dari P&P dan sebagainya..........





Dua sahabat......

sama macam di atas tapi lebih "macing" dari segi warna baju ungu..........


Wednesday, January 7, 2009

SESI PESEKOLAHAN 2009

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA KINI!!!

SERONOKNYA DAPAT PERGI SEKOLAH JUMPA KAWAN-KAWAN
DENGAN AZAM YANG BARUKAN.




HARI PERSEKOLAHAN BERMULA

Hari Isnin bermulalah sesi persekolahan 2009. Pelajar-pelajar tingkatan 5 mula belajar pada hari ini. Mereka semua memakai baju baru, beg sekolah baru dan azam yang baru. Bagi kelas yang saya ajar mereka dikehendaki menulis azam baru mereka pada tahun 2009. Azam bermaksud suatu hasrat yang ingin dicapai bagi memenuhi sesuatu matlamat. Justeru sebagai palajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini mereka perlu menanam azam baru yang kukuh. Selain itu dapat merealisasikan Visi Sekolah untuk menjadi sekolah yang terunggul pada tahun 2009.

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009

SELAMAT TINGGAL 2008 DAN SELAMAT DATANG 2009.

SEMOGA KITA MENCAPAI CITA-CITA, MENJADI INSAN YANG LEBIH BIJAKSANA, GAGAH DAN BERSATU-PADU DEMI NEGARA YANG TERCINTA.

KITA JUGA PERLU BERAZAM DEANGAN PENUH ILTIZAM MENGUTAMAKAN BAHASA MELAYU YANG MELAMBANGKAN BANGSA KITA, LAMBANG PERPADUAN NERGARA.
BAHASA JIWA BANGSA