Seramai 40 orang guru sekolah kita telah dipilih untuk melawat ke SMT Taiping awal tahun ini untuk melihat dengan lebih dekat wajah sebuah sekolah yang telah menerima 2 anugerah pada tahun lepas iaitu Anugerah Sekolah Cemerlang dan Anugerah Menteri Pelajaran. Memang hebat sekolah ni kerana mempunyai beberapa "ATOS" yang boleh dibanggakan. Antaranya ialah Galeri Sejarah, Pusat Sumber Sekolah dan Bengkel Automotif. Beberapa buah taman dan dataran juga amat menarik dan indah, seperti Dataran PRIME, Dataran Kemerdekaan, Taman Herba dan sebagainya, ringkasnya memang patut pun menang. Hal ini juga ditambah pula dengan sistem pengurusan dan pengurusan fail yang lengkap dan kemas. Begitu juga dengan komitmen guru-gurunya yang begitu baik sekali.
Kedatangan kami juga disambut dengan begitu hormat dan mesra sekali. kami juga dijamu dengan jamuan yang sedap, bak kata orang tak ada apa cacat celanya, semuanya bagus.
Inilah wajah Pengetuanya yangbegitu mesra dan baik sekali.
Ini pula wajah guru-guru yang bakal memenangi ASC nanti.....
No comments:
Post a Comment