Sunday, May 10, 2009

PASUKAN PANTUN NAIB JOHAN DAERAH 2009

PASUKAN PANTUN NAIB JOHAN DAERAH MANJUNG

Setelah beberapa minggu berlatih di bawah Cikgu Nodiana, pasukan ini telah berjaya merangkul hadiah naib johan daerah Manjung. Pada peringkat awal mereka telah bertemu dengan pasukan dari SMK Bt 10 Lekir, Kemudian SMK Ahmad Boestamam, suku akhir dengan bekas Juara SMK Raja Shahriman, separuh akhir bertemu musuh lama SMK Pangkalan TLDM dan peringkat akhir dengan SMK Seri Manjung. Saya, Cikgu Nodiana dan Cikgu Rosni tak senang duduk kerana terpaksa membimbing pemantun-pemantun apabila menang pada tiap-tiap peringkat tersebut. Akhirnya usaha kami semua membuahkan hasil, disamping itu Pengetua juga turut memberikan semangat dan dorongan kepada kami untuk berjaya. Pasukan ini kalah kepada SMK Seri Manjung kerana kami tidak membuat persediaan yang lengkap untuk masuk di peringkat akhir terutama sekali dari segi pakaian dan penampilan yang lebih kemelayuan.








Bergambar dengan Cikgu Rosni




Gambar ini diambil di peringkat suku akhir. Pada peringkat
akhir diadakan di dewan sekolah tetapi kamera saya kehabisan
bateri.

No comments: