Friday, September 26, 2008

SELAMAR HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini saya menyusun jari sepuluh meminta maaf kepada pengetua kita, semua guru terutama sekali cikgu-cikgu BM. Jika sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan terkasar bahasa sehingga tersinggung perasaan. Kepada pelajar-pelajar pula, saya juga ingin meminta maaf sekiranya semasa di kelas atau bila-bila pun terdapat kesilapan saya terhadap anda semua. Kepada pelajar-pelajar Ting. 5, jangan lupa mengulangkaji pelajaran pada waktu cuti ni kerana SPM bakal menjelang tiba. Berhari rayalah secara sederhana sahaja.
Akhir sekali MAAF ZAHIR BATIN DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA SAYA DAN KELUARGA.
TERIMALAH KAD HARI RAYA INI DARIPADA SAYA BUAT ANDA SEMUA...........




H
Hari ini di sekolah ada majlis bermaaf-maafan. Ini gambar saya dengan pengetua kita.

Ini pula gambar semua cikgu BM. Hari ini ramai yang dah balik ke kampung. Tapi saya masih di sini, Raya kedua baru balik jumpa mak dan adik beradik saya.








No comments: