Wednesday, September 3, 2008

MERDEKA KE-51

HARI KEBANGSAAN KE -51
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

"PERPADUAN ASAS KEJAYAAN"

SELAMA 51 TAHUN KITA TELAH MEMBUAT PILIHAN
PILIHAN UNTUK MERDEKA
PILIHAN UNTUK BERDIKARI
MENENTUKAN NASIB SENDIRI
PILIHAN UNTUK SALING MEMAHAMI

Anak Merdeka

Jangan kau pakai baju rasa
atau sahut jaket kuasa
betapa baju rasa dan jaket kuasa
akan menambahsegakkan dirimu
diburu wanita-wanita angsa
disetiai lelaki-lelaki mata
betapa kau ayah atau suami
raja atau perdana menteri

baju rasa akan mendedahkan kita
pada panas matahari kuasa
atau sejuk malam berembun
dan pedang selsema

betapa kebal daripada tusukan benci
dipuja diringankan tulang kroni
jaket kuasa akan memenjarakan kita
menghalau angin kebebasan suci
membunuh segar kenyamanan murni
dan seri kesihatan Ilahi

Lihatlah lelaki perdana itu
yang kehilangan jaket kuasa
ke hulu ke hilir menjerit kenanaran
tiada lagi wanita angsa memuja diri
tiada lagi lelaki mata meringani diri
jerit sakitnya tidak siapa peduli

jadilah lelaki Allah
dengan baju kemanusiaan
dengan jaket kemesraan
di mana pun berada
dia ayah kepada anak
suami kepada isteri
raja kepada rakyat
dulu, kini dan selamanya.

-KARYA NASURRY IBRAHIM,
KOTA BHARU.
Di petik dari Mingguan Malaysia,
Ahad, 31 Ogos 2008.

1 comment:

Anonymous said...

aslmlkum..
mcm mn buat bintik2 hijau tu dgn gambar animasi bergerak??
mintak tunjuk ajar..

a_d..